Wednesday, March 10, 2010

Lin Dan, Chong Wei jadi pilihan

Lin Dan, Chong Wei jadi pilihan

GANDINGAN Kien Keat-Boon Heong (kiri) diharap dapat melakar kejutan di Birmingham.

LONDON - Juara dunia dan Olimpik, Lin Dan dari China menjadi tumpuan pada edisi ke-100 Kejohanan Badminton Seluruh England.

Kemunculannya di Birmingham dialu-alukan kerana ia akan menyerikan lagi saingan pada kejohanan paling tua dalam sukan badmin- ton itu.

Lin Dan yang juga juara bertahan tidak menyertai dua kejohanan Super Series musim ini iaitu di Korea Selatan dan Malaysia atas alasan keletihan.

Kini, dia tampil dengan azam serta semangat baru dengan harapan kemunculan sulungnya pada musim 2010 ini akan membawa kejayaan padanya.

Pemain pilihan kedua itu memburu gelaran kelimanya pada Kejohanan Seluruh England meskipun menyedari ia bukan tugas mudah untuk dilaksanakan.

Dia mengakui, pemain pilihan pertama, Datuk Lee Chong Wei tetap menjadi halangannya.

Begitupun, pertemuan antara dua musuh tradisi ini sering memihak kepada Lin Dan.

Musim ini, Chong Wei bermula garang apabila menjuarai Terbuka Korea Selatan dan Malaysia.

Kemenangan tersebut dianggap sebagai pencetus semangat dalam misinya membawa pulang gelaran Seluruh England.

Chong Wei dikatakan lebih bersedia kali ini.

CHONG WEI diramal mudah melangkah ke perlawanan akhir.

Pada setiap sesi latihannya, dia akan melakukan sparring dengan pemain yang menggunakan tangan kidal bagi membiasakan dirinya apabila berdepan Lin Dan yang juga pemain kidal.

"Mungkin ia berbeza tetapi latihan seperti ini boleh membantu Chong Wei membaca pemain lawan yang menggunakan tangan kidal," kata jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek.

"Paling penting, Chong perlu konsisten dan fokus terhadap permainannya daripada terikut-ikut rentak lawan terutama apabila berdepan pemain seperti Lin Dan."

Meskipun tumpuan pada kejohanan kali ini lebih terarah kepada Lin Dan dan Chong Wei tetapi kehebatan pemain Indonesia, Taufik Hidayat serta Peter Gade dari Denmark perlu diawasi.

Taufik, pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2004 kini kembali menduduki ranking ketiga dunia, sementara Peter Gade menghuni kedudukan kelima.

Dua pemain tersebut telah mempamerkan kebangkitan musim ini dan mereka mampu melakukan kejutan meskipun tumpuan diberikan kepada Lin Dan dan Chong Wei.

Atas kertas, laluan Chong Wei dilihat mudah.

Dia akan menentang pemain India, Chetan Anand pada pusingan pertama dan jika menang, pemain Indone- sia, Sony Dwi Kuncoro bakal menantinya di pusingan kedua.

Selain Chong Wei, acara perseorang lelaki turut digalas oleh pemain veteran, Wong Choong Hann dan Muhd. Hafiz Hashim.

Beregu lelaki diletakkan kepada pilihan pertama kejo- hanan iaitu gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

Perseorangan wanita disandarkan kepada Wong Mew Choo, sementara Chin Eei Hui-Wong Pei Tty menggalas tanggungjawab dalam acara beregu wanita.

Mereka akan memulakan saingan hari ini.

* SUKAN Timba ilmu daripada 'si kidal'

LEE Chong Wei memulakan cabaran merangkul kejuaraan badminton berprestij dunia � Seluruh England � di Birmingham, hari ini dengan harapan latihan khusus disediakan jurulatihnya, Misbun Sidek akan merealisasikan impian itu.

Chong Wei, pilihan pertama kejohanan akan turun berdepan pemain India, Chetan Anand di pusingan pertama, hari ini, mengejar kejuaraan yang menjadi impian setiap pemain badminton dunia. Dia tampak begitu bersemangat dan sudah bersedia menggempur Arena Tertutup Nasional di Birmingham.

Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh, yang berada bersama pasukan kebangsaan di Birmingham, merumuskan Chong Wei dan barisan pemain yang lain sudah bersedia turun ke gelanggang.

"Daripada pemerhatian saya, semua mereka termasuk Chong Wei sudah bersedia," kata Kenny, ketika dihubungi di Birmingham, semalam. "Semalam (kelmarin), mereka turun menjalani latihan tiga sesi dan tampak dalam prestasi terbaik.

"Walaupun cuaca di sini sejuk tetapi ia sama sekali tidak mengganggu latihan pemain kebangsaan," kata Kenny.

Untuk memastikan Chong Wei akan berjaya kali ini, jurulatihnya, Misbun, melatih anak didiknya itu bermain dengan pemain tangan kidal, dengan jangkaan dia akan membiasakan diri apabila kemungkinan berdepan musuh ketatnya, Lin Dan dalam final nanti.

"Ia tidak sama seperti bermain menentang Lin Dan," kata Misbun, yang dipetik dari Birmingham. "Tetapi ia akan membantu Chong Wei menyiapkan diri. Lebih penting, dia perlu sentiasa fokus andai turun menentang Lin Dan."

Selain Chong Wei, tumpuan turut terarah kepada beregu lelaki Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, pilihan pertama dan juara 2007 yang juga pasangan tunggal daripada skuad kebangsaan, yang akan membuka saingan menentang jaguh veteran Denmark, Lars Paaske-Jonas Rasmussen.

Dalam perseorangan wanita, Wong Mew Choo berdepan halangan sukar pusingan pertama menentang pilihan ketiga, Jiang Yanjiao dari China sementara Chin Eei Hui-Wong Pei Tty, pilihan keempat beregu wanita, berdepan pasangan Indonesia, Meiliana Jauhari-Greysia Polii.

LinkWithin

 

blogger templates | Make Money Online