Wednesday, March 10, 2010

Lin Dan, Chong Wei jadi pilihan

Lin Dan, Chong Wei jadi pilihan

GANDINGAN Kien Keat-Boon Heong (kiri) diharap dapat melakar kejutan di Birmingham.

LONDON - Juara dunia dan Olimpik, Lin Dan dari China menjadi tumpuan pada edisi ke-100 Kejohanan Badminton Seluruh England.

Kemunculannya di Birmingham dialu-alukan kerana ia akan menyerikan lagi saingan pada kejohanan paling tua dalam sukan badmin- ton itu.

Lin Dan yang juga juara bertahan tidak menyertai dua kejohanan Super Series musim ini iaitu di Korea Selatan dan Malaysia atas alasan keletihan.

Kini, dia tampil dengan azam serta semangat baru dengan harapan kemunculan sulungnya pada musim 2010 ini akan membawa kejayaan padanya.

Pemain pilihan kedua itu memburu gelaran kelimanya pada Kejohanan Seluruh England meskipun menyedari ia bukan tugas mudah untuk dilaksanakan.

Dia mengakui, pemain pilihan pertama, Datuk Lee Chong Wei tetap menjadi halangannya.

Begitupun, pertemuan antara dua musuh tradisi ini sering memihak kepada Lin Dan.

Musim ini, Chong Wei bermula garang apabila menjuarai Terbuka Korea Selatan dan Malaysia.

Kemenangan tersebut dianggap sebagai pencetus semangat dalam misinya membawa pulang gelaran Seluruh England.

Chong Wei dikatakan lebih bersedia kali ini.

CHONG WEI diramal mudah melangkah ke perlawanan akhir.

Pada setiap sesi latihannya, dia akan melakukan sparring dengan pemain yang menggunakan tangan kidal bagi membiasakan dirinya apabila berdepan Lin Dan yang juga pemain kidal.

"Mungkin ia berbeza tetapi latihan seperti ini boleh membantu Chong Wei membaca pemain lawan yang menggunakan tangan kidal," kata jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek.

"Paling penting, Chong perlu konsisten dan fokus terhadap permainannya daripada terikut-ikut rentak lawan terutama apabila berdepan pemain seperti Lin Dan."

Meskipun tumpuan pada kejohanan kali ini lebih terarah kepada Lin Dan dan Chong Wei tetapi kehebatan pemain Indonesia, Taufik Hidayat serta Peter Gade dari Denmark perlu diawasi.

Taufik, pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2004 kini kembali menduduki ranking ketiga dunia, sementara Peter Gade menghuni kedudukan kelima.

Dua pemain tersebut telah mempamerkan kebangkitan musim ini dan mereka mampu melakukan kejutan meskipun tumpuan diberikan kepada Lin Dan dan Chong Wei.

Atas kertas, laluan Chong Wei dilihat mudah.

Dia akan menentang pemain India, Chetan Anand pada pusingan pertama dan jika menang, pemain Indone- sia, Sony Dwi Kuncoro bakal menantinya di pusingan kedua.

Selain Chong Wei, acara perseorang lelaki turut digalas oleh pemain veteran, Wong Choong Hann dan Muhd. Hafiz Hashim.

Beregu lelaki diletakkan kepada pilihan pertama kejo- hanan iaitu gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

Perseorangan wanita disandarkan kepada Wong Mew Choo, sementara Chin Eei Hui-Wong Pei Tty menggalas tanggungjawab dalam acara beregu wanita.

Mereka akan memulakan saingan hari ini.

No comments:

LinkWithin

 

blogger templates | Make Money Online