Thursday, March 18, 2010

TEn3t Kt umah putus....

Assalamualaikum wbt

.TEn3t kt umah putus...(TEnsion tahap gaban nie)..
DAh la aku x dpt main CABAL ONLINE...nak chat pun x dpt...geram2 ngan ..™NET..heheh
kura2 bayar dah bil..tp x dpt2 jgk ten3t...tp ni bkn motif kura2 yg sbnrnya..kura2 nk tny je psl nuffnang..maklumlah kan kura2 masih "NOOB" lg dlm dunia blogger..baru mula ..13 mac klu x silap la....hari jumaat..hari ahad baru aku mula..jumaat tu kura2 belum ping lg blog ni.....dah2 cukup

kura2 x reti sgt bab2 bercerita nie,maklumlah kura2 kan pendiam.....( bajet macho)...
di kesempatan ini kura2 nak tanya je semua blogger nuffnangers....GLITERRAT tu apa ???
Bukan apa dlm 2 hr yg lps...( 2 hari kura2 x on9)...kekura buka site nuffnang ..dia kata kura2 dah jadi GLITTERAT....

Waaa..kura2 pun bahgia la sbb dah jd gliterrat...lps tu kura2 tgk kt jumlah pendapatan semasa....(mcm saham da)......

PUnya la kura2 terkeZut... nak taw knp????....eksen je aku jadi gliterrat dalam 3 hari aku baru dapat RM5.05.......duit nak beli Karipap pun x lepas ni....masuk tnds awam pun x cukup...hehehehe

Jadi kpd nuffnangers d luar sana yg sudi membaca coretan kura2 ni,bolehlah ajar2 cket mcm mn kura2 nk up "incoming $$ " nie...dan sedikit Tips2 nak mendapatkan BUFFER yang kura2 tgh idam2kan...

xpun adakah kura2 seharusnya mencari pengiklan lain utk mendptkan rm $$ ni...sbb kura2 dgr crita dr seorang kawan..ada satu sykt tu CPR RM 1.00++..betulkah???

Oleh yang demikian,sekiranya KAWAN2 sudi sila la tinggalkan komen atau tips2 yg berguna untuk "KEBAHAGIAAN" kura2 di masa akan datang..mana taw KURA@ boleh beli FERRARI..x la kura2 lambat berjalan lagi
ASSALAMUALAIKUM

Najib gesa 'tawan' Piala Thomas
Oleh Anwar Hussin, S Anand Kumar dan Haspaizi Mohd Zain
bhsukan@bharian.com.my
2010/03/18



Jadikan kejayaan Chong Wei motivasi tambahan seluruh pasukan

DATUK Seri Najib Razak tampil meletakkan harapan tinggi ke atas skuad badminton negara untuk bertindak garang merampas kembali Piala Thomas menjadi milik negara, Mei ini.
Perdana Menteri berkata, sasaran itu adalah dorongan penting kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menempa satu lagi sejarah membanggakan buat negara, tambahan kejayaan Lee Chong Wei mengungguli kejuaraan Seluruh England, baru-baru ini sebagai motivasi tambahan kepada setiap anggota pasukan. “Proses mencapai kejayaan itu bukan mudah. Semalam (kelmarin) saya berbual dengan Chong Wei dan Datuk Misbun Sidek... kalau kita dengar kaedah latihan mereka... menakutkan satu hari tujuh, lapan jam latihan.

“Chong Wei adalah pemain nombor satu dunia tetapi orang memperlekehkan dia kononnya tidak pernah memenangi kejohanan utama. Kemenangan Seluruh England melenyapkan segala tohmahan itu,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis jamuan tengah hari meraikan kejayaan Chong Wei bersama Ahli Parlimen di Bangunan Parlimen, semalam.

Turut hadir isteri Perdana Menteri yang juga Penaung BAM, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek; Presiden BAM, Datuk Mohd Nadzmi Salleh dan Misbun.

Najib berkata, kejayaan Chong Wei itu juga memberi rangsangan kepada Gagasan 1Malaysia.
“Insyaallah kita dah menang Seluruh England dan kita nak menang Piala Thomas... Datuk Nadzmi, tugas BAM seterusnya ialah bawa balik Piala Thomas untuk negara.

“Kerajaan akan terus memberi sokongan dan kita juga boleh memenangi pingat emas dalam acara badminton pada Sukan Olimpik satu hari nanti,” katanya.

LinkWithin

 

blogger templates | Make Money Online