Sunday, March 14, 2010

Peluang ungguli Seluruh England tanpa Lin Dan


Chong Wei ke final
Oleh Hasnira Hassan
niera@nstp.com.my
2010/03/14


Lee Chong Wei
Peluang ungguli Seluruh England tanpa Lin Dan

SEBELAH tangan Lee Chong Wei kian menggenggam gelaran Seluruh England apabila mara ke perlawanan akhir selepas menundukkan Peter Gade 21-17, 21-14 di pentas separuh akhir malam tadi, selepas pencabar dari China, Lin Dan terkandas di suku akhir. Chong Wei yang juga pilihan utama kejohanan, hanya mengambil masa 45 minit untuk menewaskan jaguh Denmark itu dan menempah pertembungan dengan sama ada pemain Jepun, Kenichi Tago atau pilihan keenam dari China, Bao Chunlai, hari ini. Kemaraan ke final kedua Chong Wei kali ini, dilihat peluang terbaik buatnya menamatkan kemarau gelaran Seluruh England, selepas usaha tahun lalu dinafikan juara bertahan, Lin Dan yang dikejutkan Chunlai, 21-16, 18-21, 21-17, kelmarin. “Walaupun Lin Dan tewas, tidak bermakna peluang saya menang adalah cerah. Tidak kira siapa lawan ditentang, saya sangat ingin menang dan pastikan tidak pulang tangan kosong,” kata Chong Wei. Terdahulu, pemain nombor satu dunia itu hanya mampu menjarakkan mata selepas kedudukan terikat 11-11 dan perangkap di depan jaring membolehkannya mencuri enam mata untuk mendahului selesa. Sekalipun meraih empat mata berturut-turut selepas itu, kebangkitan Gade terlewat apabila pukulan kencang Chong Wei ke kiri gelanggang mengesahkan kemenangan 21-17 dalam pertarungan 25 minit. Pada set kedua, anak buah Misbun Sidek itu membuatkan Gade tenggelam punca sebaik merampas pendahulu ketika mata terikat 2-2 dengan menamatkan saingan selama 20 minit menerusi hantaran silang ke belakang gelanggang. “Saya tertekan apabila Gade mendahului awal permainan. Saya banyak berhati-hati dan tidak berani mengambil risiko. Saya mula yakin selepas memintasnya dan aksi di depan jaring banyak membantu,” kata Chong Wei.

No comments:

LinkWithin

 

blogger templates | Make Money Online