Monday, March 22, 2010

Assalamualaikum wbt

sumber dari berita harian

KOO Kien Keat-Tan Boon Heong gagal mempertahankan
kejuaraan Siri Super Terbuka Switzerland apabila pasangan
nombor satu dunia itu dikejutkan gandingan muda
Korea Selatan, Ko Sung-hyun-Yoo Yeon-seong 21-16, 21-18
di final, malam tadi.

Ia mengakhiri kempen mengecewakan Kien Keat-Boon Heong
dalam tempoh dua minggu selepas penyingkiran di pusingan pertama
kejohanan Seluruh England dua minggu lalu.
Jelas sekali, Kien Keat-Boon Heong, pilihan pertama kejohanan,
gagal mempamerkan persembahan bertenaga
apabila menyerah mudah dalam tempoh 36 minit.
Selepas tewas set pertama 18-21, Kien Keat-Boon Heong
tampak menemui sentuhan dan mengawal set kedua
untuk mendahului 13-6 tetapi kemudian hilang a
rah yang menyaksikan Sung-hyun-Yeon-seong
bangkit mengutip mata demi mata
sebelum menamatkan saingan 21-18

1 comment:

TENTANG KURA2 said...

test komen diri sendiri

LinkWithin

 

blogger templates | Make Money Online